Lombok 2018


Lombok 2018 : Lombok – Rinjani, Indonesia



Flight AirAsia      : May 2018
                                : Harga Tiket Pergi Balik RM 230.00
Bahagian 1 (Mendaki Gunung Rinjani – 3726 Meter)
Pakej 4H 3M (Senaru) ; Adventure Rinjani https://adventurerinjani.com
Oleh kerana kami bertiga bukan Hiker yang tegar, jadi kami pilih pakej 4H 3M. Nak murah sikit dan jimat masa boleh ambil 3H 2M.
Pakej                     : RM450.00 per kepala
Entrance Fee to Rinjani National Park : IDR 150,000
Gunung Rinjani
Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang aktif dan terletak di Pulau Lombok, Indonesia. Merupakan Gunung Berapi ke-2 tertinggi di Indonesia. Panorama Rinjani adalah yang paling cantik diperkatakan oleh pendaki-pendaki seluruh dunia.


Hari Pertama : Senaru Village Sembalun Village (1.150.m) – Sembalun Crater Rim(2.639.m)

Bangun 6.00am dan bersarapan 6.30-40 dihotel yang disediakan. Malam tu sejuk sangat. Menaiki special mountain car dan pendaftaran jam 8.00am di Rinjani Information Center (RIC) 1051 m. Bermula pendakian trek ke Pos 1 (Pemantauan) 1300 m, berjalan mendatar dalam masa 2 jam. Rehat 5/10 minit at Pos 1 ( pemantauan ) dan meneruskan ke Pos 2 (Tengengean) 1500 m 1 jam. Short break here for 5 to 10 minit di Pos 2 ( Tengengean ), dan terus ke stesen seterusnya Pos 3 (Pada Balong ) 1800 m,  1 Jam. Rehat 2 jam di Pos 3, apalagi makan la. Suasana dingin macam Cameron highland. Rehat dan teruskan perjalan ke Sembalun Crater Rim (Pelawangan Sembalun) 2639M, 3 jam termasuk steep climb. Berkhemah dan bermalam di Sembalun Crater Rim, kat sini view superb. Sunset, views bintang yang jelas kelihatan…. Padu beb
Dari awal, tenung je kat puncak yang cantic tu. Harus di ingat, sebelum sampi anda harus melalui beberapa bukit/gunung. Yang tak dapat lupa Bukit Penyesalan memang sukar, curam beb 80 darjah kecuraman. Menyesal habaq hang.





Hari ke-2 : Sembalun Crater Rim(2.639m) – Summit/Top 3.726m – Segara Anak Lake and Hotsprings (2008m)

Bangun jam 2am and have some light breakfast then leave at 03:00 am. Bermula untuk menawan puncak Rinjani (3726 m). Nampak trek yang mudah namun paling mencabar di sini. Pepatah pendaki di sini “2 langkah ke depan, satu langkah kita akan kebelakang”.  (There are many loose stones, and as you take two steps forward you will slip one step back). 
Sepanjang perjalan, sunrise paling cantic pernah ku lihat dan dari puncak kitab oleh lihat Lombok island, Bali, Sumbawa, Gunung Agung and Segara Anak Lake. 
 Rest kat puncak, ofcoz snap photo tapi jangan berangan laaaa…..Ramai menunggu giliran mengambil gambar di atas puncak yang sempit. Menuruni puncak yang amat seronok tapi harus berhati hati. Sampai di camp site, makan dan rehat.
Lepas tu teruskan perjalanan ke tasek dan hotsrpring the trail down is very steep and slippery. Suasana sejuk, dan menikmati air panas di hotspring amat mengasyikkan. Mulut jangan celupar, banyak kes kematian di Hotspring ni….MISTIK



 Hari ke-3 : Segara Anak Lake and Hot springs (2008m) – Senaru Crater Rim (2.641m)
The best view ever…. Penat hahahahaha 


  
Hari ke-4 : Senaru Crater Rim (2.641m) – Senaru Village (601m)

Ketenangan, kedinginan, kehijauan……..dan segala nya sukar di luahkan. Sampai di perkampungan, rehat sekejap. Porter kami amat berbesar hati membawa kami ke Air Terjun Sidang Gile dan Tiup Kelep. Selesai kami terus ke Lombok Selatan 




Hari ke-5
Tempat menginap Lombok Holiday Hotel
Pantai Kuta, Lombok. Sewa motor jer IDR50,000. Jelajah ke seluruh selatan Lombok.
·         Pantai Selong Belanak
·         Pantai Pink
·         Tanjung Bloam
·         Tanjung Ringgit
·         Pantai Pengisok
·         Pantai Semeti
·         Pantai Nambung
·         Pantai Lancing












Hari ke-6
Ke Utara Lombok lak. Gili, shopping di Mataram. Pulang ke Kuta, terus ke tanjung Ann dan menikmati SunSet di Bukit Hatory, Pantai Mandalika






Hari ke-7
Pulang ke Malaysia sudahhhhhh

Makan : Jangan bimbang terutama Muslim kerana 90% penduduk adalah Muslim. Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Makanan lebih kurang k……………




Comments

Popular posts from this blog

Langkawi 2019 : Part 1 (Hotel Review)

Pulau Tenggol : Underwater Heaven #divetenggol

Hat Yai - Koh Lipe 2018