Kashmir dan Leh Ladakh Trip 2017

Sedikit perkongsian Trip Kashmir-Leh Ladakh - Delhi

Alhamdulillah akhirnya saya dan sahabat2 telah ke Kashmir & Ladakh, pada 14 May 2017 – 24 May 2017
Rumusan Perjalanan
1. Perjalanan kami bertiga menggunakan AirAsia X dari Kuala Lumpur – Delhi, AirAsia India dari Delhi – Srinagar, “Private Cab” dari Srinagar – Leh Ladakh, dan Go Air dari Leh Ladakh – Delhi , Seterusnya AirAsia X Delhi – Kuala Lumpur.
2. Kami bertiga, 2 Jejaka dan #wheelchairgirl
3. Perjalanan kami di India meliputi Delhi – Srinagar – Kargil – Lamayuru – Leh Ladakh – Delhi.
5. Bagi perjalanan kami di Kashmir, kami tinggal di “BoatHouse” selama 4 Hari 3 Malam. Percutian di Kashmir tidak perlu dirumuskan kerana rata-rata rakyat Malaysia ke sana akan melawat ke tempat yang biasa dikunjungi. Cuma apa yang membezakan percutian kami adalah cabaran dalam
menempuhi semua rintangan Bersama “WheelChair Girl”.
Kashmir
1. HouseBoat – Golden Dal Lake
2. Sekitar Srinagar (Moghul Garden, Pari Mahal, Shalimar Bagh, Botanical Garden)
3. Gulmarg (Gondola)
4. Sonamarg
Perjalanan ke Leh Ladakh menggunakan “Private Cab” 14 Jam , melalui Death Road (Jalan ke-2 Paling Bahaya di dunia) dan Indus River. Ketika ni jalan baru dibukaa 3 hari sebelum perjalanan kami. Mencabar namun permandangan yang TERINDAH bajet Dalam RS10,000.
Banyak “Check Point” bagi pelancong luar, kena dapatkan permit
Be prepared for AMS (Altitudes Mountain Sickness) hahahahahaha
Srinagar – Sonamarg – Drass – Kargil – Mulbekh – Moonland – Devil Hill – Lamayuru – Leh Ladakh














Leh Ladakh
Hari 5
Di sini perancangan tergendala kerana pada 19hb, terdapat MAIN PRAYER kami tidak boleh mendapatkan permit ke Pangong Tso Lake, Nubra Valey jadi kami menghabiskan masa di Pekan Leh melawat kawasan sekitar. Ada hikmah kerana kami dapat menstabilkan diri (Acclimatization) sebelum ke tempat yang lebih tinggi.
*Sila ambil perhatian – Pengangkutan di sini bukan masalah kerana semua jenis pengangkutan dan harga telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan di sini memilik Persatuan Teksi yang kuat dalam memastikan semua pihak tidak mengenakan bayaran yang berlebihan.
Tourist Guide yang kami syorkan
Bro Mustafa Bhat - +919622365420 , boleh WhatsApp
Mustafa pertama kali mengendalikan pelancong luar India. Wpon Bahasa Inggeris kurang lancar namun tiada masalah bagi kami berkomunikasi. Banyak pertolongan dari Bro Mustafa , saya kasi 5 Bintang
Hari 6 (Pangong Tso Lake) 3 Idiots
4250 m dari paras laut, sangat sejuk, angin kuat, terbahagi kepada 3 negara (India, Tibet, China). Perjalanan 5 Jam dari Leh Ladakh melalui “2nd Highest Motorable Road in the world”
Jeap  : Rs 7,000 per trip

Nota: Penginapan bergantung kepada bajet. Kami dapat RS1,200 (kongsi 3) termasuk sarapan dan makan malam
Hari 7 (Pangong Lake – Leh – Nubra Valey)

Paling mencabar apabila melalui “1st Highest Motorable Road in the world”. Melalui Khardungla Pass(Himalayas) pada paras 5,359 m(lagi tinggi dari Gunung Kinabalu). Ketika kami di sini salji masih turun, paras oksigen sangat kurang, AMS sudah kepastian, Hidung berdarah, pening kepala.
Jeap : Rs 7,500
Paling tidak dapat kami lupa, Bro Mustafa membawa kami bermalam di rumah keluarga di Nubra Valey.
Hari 8 (Nubra Valey)
Diskit Monastery
Sand Dunes (camel ride)
Kami tidak mempunyai masa yang panjang disebabkan cuaca yang tidak bagus, jadi kami mengambil keputusan pulang ke Leh namun setiba kami di Khardungla top, jalan utama ditutup kerana salji runtuh dan jalan alternative pon ditutup (Ribut salji). Kami terpaksa mencari hostel berdekatan untuk berehat.
Hari 9 (Leh Ladakh)
Memulakan perjalanan namun sekali lagi terkandas, jalan masih ditutup. Terpaksa menunggu sehingga jam 2 PM. Kami tiba di Leh dan berehat satu malam dengan kadar Rs500 untuk 2 bilik di atas pertolongan Bro Mustafa. Berjalan jalan di Pekan Leh
Hari 10 (Leh Ladakh – Delhi)
Menaiki Air Go. Bersiar-siar di Delhi menanti penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur
Qutb Minar – India Gate – Market
Penerbangan AirAsia X jam 1130 PM (local time) tiba di KLIA 2 jam 8 AM

Nota:
1. Hati-hati dengan scammer
2. Flight Ticket (book awal dapat murah ler)
3. Makan (bergantung kepada diri sendiri, kami membawa bekalan serunding)
4. Harga setiap tempat perlancongan dan pengangkutan telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Harus tegas dalam tawar menawar
5. Kashmir&Leh Ladakh tidak mesra OKU
6. Ground Expenses kami dalam RM 3K. boleh jimat dalam penginapan, Makanan, dan pengangkutan kalau backpack
* Keselesaan kami titik berat kerana salah seorang daripada kami adalah OKU. Salute you Sister.
#kashmir
#ladakh
#airasiaX
#Nubravalley
#panggongtsolake

P/S: Gambo guna smartphone IPhone7 Plus dan Samsung S8

Comments

Popular posts from this blog

Langkawi 2019 : Part 1 (Hotel Review)

Pulau Tenggol : Underwater Heaven #divetenggol

Hat Yai - Koh Lipe 2018