Trip Cebu 2017

Trip Cebu 2017


16 Feb 2017 – 20 Feb 2017
16 Feb 2017
KLIA2 to Mactan-Cebu International Airport. Guna Air Asia, return RM199.00. flight petang so sampai lewat. Tiba di Airport register Sim Card terus, Free for tourist Cuma top up jer Data 7 Day pass unlimited Data.
Sewa Van kat sana, so sebab kami seramai 9 orang…kongsi sewa, jimat gila. Airport terus ke Kawasan Fall dan menginap 1 malam.
17 Feb 2017
Kawasan Fall. Dari tempat menginap, nek moto ke area kawasan fall melalui hutan. Nek moto, satu motorsikal nek 3 orang. Mendaki bukit sampi la jumpe air terjun.

Perghhhh, cantic dan membiru
#kawasanfall #kawasancanyoneering …. Air sejuk, biru dan awesome.

 Apa lagi kat sini kita main2 terjun-terjun lor…(baru jer lepas accident bulan 11, mild fracture dan retak tulang).



Settle aktiviti kami ke Moalboal Beach untuk rehat, lihat sunset then terus gerak ke Oslob area

18 Feb 2017 (Oslob)
Stay kat rumah agam, lupa nama tapi sangat cantic dan puas. Jam 4 am kami gerak ke Osmena Peak, malangnya cuaca tak mengizinkan kami xdpt hiking.

 Cukup amek gambar sunrise. Terus gerak ke Oslob Whale Shark… makkk aiiiii ramai giler pelancong kat sini beratur menunggu giliran berenang Bersama whale shark.
 This was so memorable moment in my life.
Crystal water
Lompat lagi



Pastu ke Sumilon Bluewater Island. Clear water and charming Island……Then kami balik lepas sunburned dan menginap di Down South 118 Beach Resort.
Layan angin bayu
Sunset


Lepak2 kat anjung sambal layan sunset. Bincang samada nak ke Bohol atau “secret place” seperti yang dirancang

19 Feb 2017
Kul 4 am dari Selatan kami gerak ke Utara. 5 jam dalam Van, tido tak cukup, penat… perghh sangat padat. Sampi ke Medellin jam 9am. Nek bot ke fantastic Island. Kat sini xde banyak aktiviti sebab kawasan kurang penyelenggaraan tapi ramai penduduk tempatan dating ke sini untuk beriadah.
Gitu


The best thing to do here is cliff jumping 10 meter camtu la. Pastu boleh snorkelling, kayaking, diving. Setel kat sini kami gerak ke Airport. Bermalam di Airport ler jawabnya……….. tgu flight awal pagi
p/s :
1. Sila bawa bekal makanan sebab amat sukar mendapat makanan halal di sini.
2. Total cost below RM900.00 sorang
TQ

Comments

Popular posts from this blog

Langkawi 2019 : Part 1 (Hotel Review)

Pulau Tenggol : Underwater Heaven #divetenggol

Hat Yai - Koh Lipe 2018