Pulau Kapas Famili Trip 2017

Pulau Kapas mungkin tidak glemer jika dibandingkan Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Terletak di Terengganu, 6KM dari Bandar Marang. Sesiapa yang melalui jalan pesisir pantai Kuala Terengganu-Dungun pasti perasan pulau ni yang boleh dilihat jelas di tepi pantai.

Masa kecil-kecil, pulau ni sangat femes sebab sgt dekat dan menjadi tempat perkhelahan penduduk tempatan. Ia adalah syurga "snorkeling dan Diving"

Trip ni last minute dan ketika cuti perayaan yang panjang.

Memandangkan semua ahli keluarga balik kampung kami decide la nak p jalan2

02/09/2017
Jeti Marang
Seramai 13 Dewasa dan 3 kanak kanak
Perjalan dari Jeti ke Pulau hanya mengambil masa 15 minit jer. Ketika ini ombak kecil jer....

Kami sewa 1 bot = RM350.00
Kami dimaklumkan semua hotel dan resort penuh. Tapi kami redah jua.


Kami putuskan untuk bermalam di "Camp site". Bayaran RM15 sekepala/dewasa. Kami dapat 4 khemah.

Makanan kami bawak siap2 dari rumah... jimat

Sewa mask and jaket untuk snorkeling RM15 (sampi jam 6 Petang)

Snorkeling depan camp site dan sangat cantik. Xperlu nek bot.









Siapa berminat berkhelah dan berkhemah boleh datang sini. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh buat.
# jungle tracking
# diving
# BBQ

Kos anggaran satu kepala
😊 Bot RM35 (pergi balik)
😊 Khemah RM15 (satu malam)
😊 Jaket dan mask snorkeling RM15

P/S : camp site sgt bersih, ada kemudahan tandas, tempat solat dan juga dapur memasak. Peralatan masak disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

Langkawi 2019 : Part 1 (Hotel Review)

Pulau Tenggol : Underwater Heaven #divetenggol

Hat Yai - Koh Lipe 2018